12 pelancong Malaysia maut di Thailand

12 pelancong Malaysia maut di Thailand

BANGKOK, 20 Dis (Reuters) – Dua belas pelancong Malaysia dan seorang pemandu pelancong warga Thailand terbunuh apabila bas yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan di utara Thailand hari ini, menurut polis.

Bas tersebut membawa 23 orang, melanggar sebuah kereta lalu terbabs ke tepi jalan di daerah Doi Saket, berhampiran bandar Chiang Mai, ketua polis wilayah itu Mejar Jeneral Montri Sambunyanon memberitahu Reuters.

Sepuluh orang yang lain di dalam bas itu, termasuk pemandu warga Thailand, turut mengalami kecederaan dan menjalani rawatan di sebuah hospital di bandar Chiang Mai, kata Montri.

Dua orang dari sebuah kenderaan lain turut mengalami kecederaan.

Anggota penyelamat bertungkus lumus mengeluarkan mayat mangsa kemalangan jalan raya membabitkan bas pelancong di daerah Doi Saket, wilayah Chiang Mai di utara Thailand pada 20 Disember 2015. – Agensi
Anggota penyelamat bertungkus lumus mengeluarkan mayat mangsa kemalangan jalan raya membabitkan bas pelancong di daerah Doi Saket, wilayah Chiang Mai di utara Thailand pada 20 Disember 2015. – Agensi

Thailand adalah satu negara yang mempunyai kadar kemalangan jalan raya paling tinggi di dunia, menurut kementerian kesihatan awam negara itu, dengan kecuaian dan memandu dalam keadaan mabuk adalah di antara sebab utama berlaku nahas.

Warga Malaysia adalah kumpulan pengunjung kedua terbesar ke Thailand.

Lebih 293,000 orang tiba pada November, merupakan sejumlah 11.5 peratus daripada kadar kunjungan pelancong, menurut Kementerian Pelancong Thailand.