12 pemberonta...

12 pemberontak terbunuh dalam serangan dron

KABUL, Afghanistan, 19 Mac – Para pegawai Afghan berkata bahawa sekurang-kurangnya 12 pemberontak termasuk dua komander mereka telah terkorban dalam dua serangan dron berasingan di timur Afghanistan.

Mohammad Rahman Ayaz, jurucakap bagi gabenor wilayah di timur wilayah Paktika berkata hari ini bahawa kedua-dua komander pemberontak itu telah disasarkan oleh sebuah dron ketika mereka mengadakan perjalanan menggunakan kenderaan kelmarin di daerah Barmal.

Sementara itu 10 lagi pemberontak terbunuh dalam serangan udara berasingan di kejiranan wilayah Paktia, kata Zelmai Wesaa, gabenor wilayah bagi Paktia. Wessa menambah serangan itu mengambil tempat di daerah Dand-e Patan berdekatan sempadan Pakistan. – AP