12 pemberontak terbunuh

12 pemberontak terbunuh

NEW DELHI, 9 Jun (dpa) – Sekurang-kurangnya 12 pemberontak Maois terbunuh dalam pertempuran dengan polis di timur negeri India Jharkhand hari ini, kata pegawai.

Polis berkata mereka menyerang hendap pemberontak di daerah Palamu di Jharkhand selepas menerima maklumat.

“Terdapat kejadian tembak-menembak selepas polis memintas mereka. 12 mayat pemberontak ditemui selepas pertempuran,” kata pegawai kanan polis SN Pradhan, yang bertanggungjawab ke atas operasi cegah pemberontakan di negeri itu.

Enam anggota polis mengalami kecederaan. Polis menemui lapan senjata automatik dari tempat kejadian.

“Ia merupakan kejayaan besar untuk operasi cegah pemberontakan kami, memandangkan rantau ini merupakan kubu Maois. Mereka sering menyerang anggota kami di sini,” kata Pradhan menerusi telefon.

Kumpulan pemberontak yang terbunuh dalam pertempuran dengan anggota polis itu. – AFP
Kumpulan pemberontak yang terbunuh dalam pertempuran dengan anggota polis itu. – AFP

Pada April tahun lalu, pemberontak Maois menyerang hendap sebuah kenderaan polis di kawasan yang sama membunuh lapan orang termasuk enam polis.

Gerila Maois, yang berkata mereka sedang bertempur untuk hak penduduk miskin luar bandar dan penduduk asli, adalah paling aktif di Jharkhand, India, tengah Chhattisharh dan selatan negeri Andhra Pradesh.

Beribu-ribu orang telah terbunuh dalam pemberontakan, yang bermula pada akhir 1960.

ARTIKEL YANG SAMA