12 rakyat Korea Utara diculik oleh Korea Selatan

12 rakyat Korea Utara diculik oleh Korea Selatan

SEOUL, 28 April – Korea Utara telah mengeluarkan video rayuan ibu bapa salah seorang dari 12 pelayan wanita yang mana Pyongyang menegaskan telah diculik oleh ejen-ejen Korea Selatan dari restoran tempat mereka bekerja di China.

Dalam rakaman video itu yang dimuat naik semalam ke laman sesawang propaganda Korea Utara, Urimizokkiri, ibu bapa itu menangis dan menuntut Korea Selatan mengembalikan anak perempuan mereka, So Gyong-A.

So dan 11 orang lagi pelayan perempuan dari restoran sama tiba di Korea Selatan awal bulan ini bersama pengurus mereka.

Korea Utara mendakwa pengurus itu telah menipu mereka hingga berpaling tadah dan mereka telah diculik dengan pakatan sulit agensi pengintip Korea Selatan.

Dalam video itu, ayah So, So Dae-Song membidas Presiden Korea Selatan Geun-Hye dan lingkaran eksklusifnya yang telah mengumpan dan menculik anak perempuannya. – AFP