12 suspek cetus letupan besar diberkas

12 suspek cetus letupan besar diberkas

BEIJING, 27 Ogos (Reuters) – China secara rasmi memberkas 12 orang berhubung letupan besar di bandar Tianjin bulan ini yang mengorbankan kira-kira 139 orang dan menuduh 11 orang pegawai serta eksekutif pelabuhan kerana lalai dalam tugas mereka atau menyalahgunakan kuasa.

Kemarahan berhubung standard keselamatan semakin meningkat di China, selepas pertumbuhan pantas ekonomi selama tiga dekad yang dicemari oleh insiden-insiden, dari bencana lombong hinggalah kebakaran kilang, dan Presiden Xi Jinping telah berikrar bahawa pihak berkuasa akan belajar dari pengajaran pertama kali.

Berita tentang penahanan itu dibuat sehari selepas parti Komunis yang memerintah memecat ketua pengawal atur keselamatan kerja China, bekas timbalan datuk bandar Tianjin, kerana disyaki terlibat dengan rasuah, tetapi tidak mengaitkan dengan letupan kimia yang membawa maut.

Pengerusi, timbalan pengerusi dan tiga penolong pengurus am Tianjin Ruihai International Logistisc Co Ltd,, pemilik gudang yang meletup, adalah antara yang “ditahan dari segi jenayah” menurut agensi berita kerajaan Xinhua hari ini.

Dalam laporan berbahasa Inggeris, menurut agensi itu mereka telah diberkas. Di China, penahanan dari segi jenayah didahului penahanan, yang hanya berlaku sebaik saja pihak membuat dakwaan rasmi.

Gambar fail bertarikh 12 Ogos 2015 menunjukkan kebakaran yang berlaku ekoran letupan besar di bandar Tianjin, China. – AFP
Gambar fail bertarikh 12 Ogos 2015 menunjukkan kebakaran yang berlaku ekoran letupan besar di bandar Tianjin, China. – AFP

Secara berasingan, pihak pendakwa raya berkata di laman sesawang, bahawa penyiasatan ke atas kejadian itu telah menemui para pegawai dari pelbagai agensi tidak bertanggung jawab, cuai dan tidak ketat dalam penyeliaan ke atas Tianjin Ruihai.

Antara agensi-agensi adalah pengangkutan, sumber tanah, keselamatan kerja dan pegawai kastam Tianjin, selain dari syarikat pelabuhan milik kerajaan.

Ia menamakan 10 orang pegawai disyaki cuai dalam tugas dan seorang disyaki menyalahgunakan kausa.

Seramai 139 orang disahkan terbunuh dalam letupan itu yang meratakan bahagian pelabuhan itu, manakala 34 orang masih dilaporkan hilang.