12 terkorban dalam kebakaran di pusat pemulihan

12 terkorban dalam kebakaran di pusat pemulihan

MOSCOW, 15 Mac (AFP) – Seramai 12 belas orang meninggal dunia semalam ketika kebakaran berlaku di sebuah pusat pemulihan bertingkap gerigi di tengah Rusia, menurut para penyiasat hari ini.

Mayat 12 orang itu juga termasuk dua wanita, telah ditemui dalam bangunan kediaman di rantau Bashkortostan yang kebanyakannya beragama Islam, kata Jawatankuasa Siasatan serantau, yang menyiasat jenayah itu adalah serius, berkata dalam satu kenyataan.

“Mereka percaya kesemua mangsa adalah anggota pusat pemulihan sosial. Identiti mereka sedang dipastikan,” kata penyiasat.

Penghuninya mengatakan bangunan satu tingkat yang terletak di bandar Sterlitamak, kira-kira 1,200 km timur Moscow itu, menempatkan pusat pemulihan dadah persendirian, lapor laman web berita serantau ProUfu.ru.

Seorang pegawai situasi kecemasan memberitahu televisyen Rusia bahawa tingkap-tingkapnya ‘tidak dapat dibuka dari dalam atau telah dipalang’.

Mayat-mayat tidak memiliki ‘sebarang kecederaan yang dapat dilihat,” kata penyiasat.