12 warga Portugal maut dalam nahas bas mini

12 warga Portugal maut dalam nahas bas mini

LYON, 25 Mac (AFP) – Seramai 12 penumpang Portugal, termasuk seorang budak perempuan berusia tujuh tahun, meninggal dunia apabila bas mini mereka berlanggar dengan pengangkutan berat di sebatang lebuh raya di tengah Perancis yang dikenali sebagai ‘jalan maut’.

Perlanggaran dengan trak itu berlaku lewat kelmarin apabila bas mini yang membuat perjalanan dari Switzerland menuju ke Portugal, membawa para penumpang pulang bagi cuti Easter.

“Seramai 12 penumpang bas mini, semuanya warga Portugal, meninggal dunia,” ujarnya dalam satu kenyataan dari pihak berkuasa tempatan.

Pihak berkuasa mengatakan bas mini itu membelok tiba-tiba tanpa sebab dan melanggar ke arah trak dalam laluan yang terkenal dengan kawasan kemalangan berhampiran bandar Moulins.

Pemandu bas mini dan dua pemandu trak Itali mengalami kecederaan namun dijangka selamat.

Bangkai bas mini yang telah ditunda dari tapak kemalangan pada 25 Mac selepas ia berlanggar semalam dengan sebuah trak di Montbeugny, tengah Perancis. – AFP
Bangkai bas mini yang telah ditunda dari tapak kemalangan pada 25 Mac selepas ia berlanggar semalam dengan sebuah trak di Montbeugny, tengah Perancis. – AFP

Pemeriksaan awal mengatakan pemandu bas mini tidak dalam keadaan pengaruh alkohol, dan polis telah menjalankan siasatan ke atas punca nahas.

Kemalangan berlaku di sebahagian Jalan Atlantik Tengah-Eropah yang menyeberangi keseluruhan Perancis dari timur ke barat.

Terlalu banyak berlakunya kemalangan di lebuh raya itu sehingga penduduk tempatan menamakannya ‘jalan kematian’.

Akhbar tempatan La Montagne melaporkan bilangan kematian di jalan raya itu lima kali purata kebangsaan.