120 anak yatim Kampung Mumong terima sumbangan Ramadhan

120 anak yatim Kampung Mumong terima sumbangan Ramadhan

pg09_150710_c

SERAMAI 120 orang anak yatim dari Kampung Mumong, Kuala Belait, kelmarin, telah menerima sumbangan derma tahunan khusus bagi bulan Ramadan yang mulia ini di Majlis Doa Arwah Sekampung anjuran Mukim Perundingan Kampung Mumong yang berlangsung di Dewan Kemasyarakatan RPN Kampung Pandan.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Ketua Pegawai Ugama Daerah Belait, Awang Asminan bin Haji Chuchu, dan turut dihadiri oleh Ahli Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Mohd Yusof Bin Dulamin, Ketua Kampung Pandan ‘C’, Haji Affendy bin Awang Damit dan Penolong Pegawai Daerah Belait, Awang Hasmiron bin Haji Mohd Taib.

ARTIKEL YANG SAMA