120 pelajar baru IBTE mula minggu suai kenal

120 pelajar baru IBTE mula minggu suai kenal

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Ogos – Seramai 120 pelajar telah dipilih untuk mengikuti enam bidang program akademik ISQ di Sekolah Tenaga dan Kejuruteraan Pusat, Kampus Mekanikal Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE), dan hari ini mereka memulakan minggu suai kenal selama empat hari sehingga 3 September depan.

Hadir selaku tetamu kehormat pada hari pertama orientasi tersebut ialah Pengetua IBTE Pusat, Dr. Sheikh Lukman bin Sheikh Abdul Hamid.

Program Orientasi itu merupakan komitmen Sekolah Tenaga dan Kejuruteraan Pusat, IBTE untuk memberi perkhidmatan terbaik dengan memberikan pengisian-pengisian terkini kepada para pelajar sebaik sahaja mereka mendaftar diri.

Ketua Sekolah Tenaga dan Kejuruteraan Pusat, Kampus Mekanikal IBTE, Awang Armi Durani bin Haji Durhman dalam ucapannya berkata, orientasi berkenaan berfungsi untuk memberi pendedahan kepada para pelajar baru tentang kehidupan serta budaya pembelajaran yang perlu ada pada pelajar, di samping mempersiapkan diri dengan perubahan iklim kehidupan dan pembelajaran.

Menurut beliau, sepanjang orientasi ini pihak sekolah telah merancang pelbagai aktiviti seperti taklimat-taklimat oleh pegawai kesejahteraan dan pendaftar, pegawai perpustakaan dan penyelaras pusat peperiksaan dan penilaian.

Dr. Sheikh Lukman mengatakan sejak pengambilan pertama, kira-kira 1,000 pelajar telah mendaftar bagi program ISQ berkenaan.
Dr. Sheikh Lukman mengatakan sejak pengambilan pertama, kira-kira 1,000 pelajar telah mendaftar bagi program ISQ berkenaan.
Awang Armi Durani ketika menyampaikan ucapan alu-aluannya.
Awang Armi Durani ketika menyampaikan ucapan alu-aluannya.

Di samping itu, para pelajar juga akan diberikan sesi Induksi HSE dan aktiviti pembangunan pasukan yang dikendalikan oleh tenaga pengajar dan pelajar-pelajar sekolah.

Dengan ini, beliau menyeru agar para pelajar mengamalkan sikap positif dan tekad yang padu untuk berjaya. Pelajar-pelajar perlu merasakan betapa bertuahnya terpilih untuk melanjutkan pengajian dalam program-program ISQ.

Dalam ucapannya itu, beliau turut memberitahu bahawa semasa sesi temu duga yang diadakan pada 9 dan 10 Ogos lalu, lebih 600 orang yang layak mengikuti program-program ditawarkan telah dipanggil namun hanya 120 orang pelajar telah terpilih untuk mengikuti enam bidang program akademik ISQ kali ini iaitu dalam bidang Welder, Scaffolder, Rigger, Market Fitter, Industrial Blaster Painter dan Pemandu Kenderaan Berat.

Antara para pelajar yang terpilih untuk mengikuti enam bidang program akademik ISQ di Sekolah Tenaga dan Kejuruteraan Pusat, Kampus Mekanikal IBTE.
Antara para pelajar yang terpilih untuk mengikuti enam bidang program akademik ISQ di Sekolah Tenaga dan Kejuruteraan Pusat, Kampus Mekanikal IBTE.

Sementara itu, Dr. Sheikh Lukman pula memberitahu, program-program sijil Kelayakan Kemahiran Industri (ISQ) di Kampus Mekanikal, IBTE telah dijalankan sejak September 2013 hasil kerjasama dengan Jabatan Tenaga di Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pendidikan juga pihak industri minyak dan gas di Negara Brunei Darussalam.

Sejak pengambilan pertama, lebih kurang 1,000 orang pelajar telah mendaftar dan mengikuti pengajian dalam program-program ISQ yang ditawarkan oleh Sekolah Tenaga dan Kejuruteraan Pusat.

Beliau berkata, secara purata lebih 80 peratus telah lulus dan tamat pengajian.

Majlis orientasi hari ini diisi dengan para pelajar membaca ikrar, mengikuti aktiviti ‘Ice Breaking’ di kelas dan lawatan kampus sebelum disambung dengan taklimat dan sesi soal jawab bersama pegawai kesejahteraan, pegawai disiplin dan pendaftar kampus.

ARTIKEL YANG SAMA