120 pelajar SR YSHHB dirai

120 pelajar SR YSHHB dirai

Oleh Siti Nur Wasimah S.

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Nov – Seramai 120 orang pelajar Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (SR YSHHB) hari ini diraikan pada Majlis Konvokesyen Penyampaian Hadiah dan Sijil Pelajar Terbaik Tahun 6 yang berlangsung di dewan serba guna sekolah itu.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato Paduka Haji Hamdan bin Haji Abu Bakar selaku Ahli Lembaga Pengarah Yayasan dan Ahli Lembaga Tadbir Sekolah YSHHB.

Turut tersenarai dalam majlis konvokesyen itu ialah cucunda Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Pengiran Wajeeh Al-Bolkiah bin Pengiran Haji Mohammad Hakimmuddin dan cucunda Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Hajah Aasiyah Rabiatu Masna binti Yusrin.

Pengiran Wajeeh Al-Bolkiah turut menerima hadiah Gold Medalist International Youth Awards Children’s Handwriting Competition 2016.

Pemangku Pengetua SR YSHHB, Awang Alimas bin Haji Mohd Ali ketika menyampaikan ucapan, menyentuh mengenai penglibatan sekolah dalam kegiatan akademik dan kokurikulum tahun ini yang mana sekolah itu pernah menjadi tuan rumah pertandingan menghafaz ayat lazim senegara dan pelajar sekolah itu berjaya menjadi johan.

Tetamu kehormat menyampaikan hadiah dan sijil kepada Hajah Aasiyah Rabiatu Masna.
Tetamu kehormat menyampaikan hadiah dan sijil kepada Hajah Aasiyah Rabiatu Masna.

Tetamu kehormat menyampaikan hadiah dan sijil kepada para graduan.
Tetamu kehormat menyampaikan hadiah dan sijil kepada para graduan.

Manakala dalam Pertandingan Bola Sepak Sekolah-sekolah Brunei IIA, pasukan kelab sekolah berjaya menjadi naib juara dan pertandingan badminton pula, pemain perseorangan sekolah itu menjuarai pertandingan antara sekolah-sekolah rendah kerajaan dan pendidikan swasta Zon IIA.

Menurutnya lagi, dalam pertandingan peringkat antarabangsa pula, pelajar sekolah itu terpilih mewakili sekolah dan International Mathematic Science Olympiad ke-13 di Indonesia di bawah Program STEP dan mendapat pingat gangsa.

Ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh Awang Alimas.
Ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh Awang Alimas.
Hajah Aasiyah Rabiatu Masna bersama rakan-rakannya.
Hajah Aasiyah Rabiatu Masna bersama rakan-rakannya.
Ibubapa dan penjaga yang menghadiri ke Majlis Konvokesyen Penyampaian Hadiah dan Sijil Pelajar Terbaik Tahun 6, 2016.
Ibubapa dan penjaga yang menghadiri ke Majlis Konvokesyen Penyampaian Hadiah dan Sijil Pelajar Terbaik Tahun 6, 2016.
Dayang Alyaa Elisya, Pelajar cemerlang 2016, ketika ditemu bual oleh media.
Dayang Alyaa Elisya, Pelajar cemerlang 2016, ketika ditemu bual oleh media.

Pada tahun ini juga SR YSHHB telah memenangi anugerah International Youth Award Children’s Handwriting Competition in Chinese Language yang mana sekolah berkenaan telah menyertai sejak tahun 2012. Dan pada tahun ini seramai enam orang murid meraih pingat emas, 12 pingat perak dan 15 pingat gangsa. Sekolah itu juga telah mendapat Anugerah Cemerlang daripada pihak penganjur, katanya.

Sementara itu, Pelajar Tahun 6, Dayang Alyaa Elisya binti Abidin yang mendapat hadiah Pelajar Terbaik 2016, semasa ditemu bual wartawan, melahirkan perasaan gembira dan bersyukur dengan kejayaan yang dicapainya.

“Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru di sekolah ini yang telah mengajar saya selama ini. Saya turut berharap mendapat keputusan 5A bagi Peperiksaan PSR.”

Majlis konvokesyen itu turut diserikan dengan persembahan daripada para pelajar sekolah tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA