1,200 ekar hutan Los Angeles terbakar

1,200 ekar hutan Los Angeles terbakar

VENTURE, California, 27 Dis – Pasukan bomba semalam berjaya memadamkan kebakaran hutan di barat laut Los Angeles yang telah membakar kira-kira 1,240 ekar kawasan tanah, memaksa menutup beberapa bahagian lebuh raya utama dan membawa kepada pemindahan, menurut para pegawai bomba.

Beratus-ratus anggota bomba berusaha memadam kebakaran di kawasan Solimar Beach, wilayah Ventura dan telah berupaya membentuk garisan pembendungan kira-kira 60 peratus kebakaran besar menjelang petang semalam, menurut para pegawai bomba wilayah.

Kebakaran mengakibatkan penutupan beberapa bahagian lebuh raya 101, AS, meskipun laluan ke utara dan selatan jalan utama telah dibuka semula kepada lalu lintas menjelang lewat tengah hari, menurut para pegawai. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA