1,219 kes lalu lintas dicatatkan sepanjang bulan Jun

1,219 kes lalu lintas dicatatkan sepanjang bulan Jun

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Julai – Jabatan Siasatan dan Kawalan Lalu Lintas (JSKLL), Pasukan Polis Diraja Brunei telah mencatatkan sebanyak 1,219 kes pelbagai kesalahan lalu lintas dalam 52 operasi dan rondaan penguatkuasaan sepanjang bulan Jun lalu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pasukan Polis Diraja Brunei, daripada jumlah berkenaan, sebanyak 639 direkodkan oleh JSKLL Gadong dengan 30 operasi, dan JSKLL Cawangan Batu 3 mencatat 580 kes dalam 22
operasi.

Berdasarkan laporan hasil penguatkuasaan yang disertakan, kesalahan paling tinggi dicatatkan adalah memandu melebihi had laju yang dibenarkan iaitu sebanyak 728 kes.

Dalam pada itu, Pasukan Polis Diraja Brunei turut mengeluarkan statistik kemalangan jalan raya, yang mana sebanyak 283 kes telah direkodkan, dengan 181 kes dicatatkan di Daerah Brunei dan Muara, 32 di Daerah Tutong, 65 di Daerah Belait, dan lima kes di Daerah Temburong.

Sehubungan dengan itu, Pasukan Polis Diraja Brunei menasihatkan para pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi peraturan-peraturan jalan raya dan sentiasa mengamalkan sikap pemanduan yang berhemah demi sama-sama menjaga keselamatan semua ketika di jalan raya terutama sekali di musim perayaan ini.

ARTIKEL YANG SAMA