123 pelajar PTE Tutong sertai majlis khatam

123 pelajar PTE Tutong sertai majlis khatam

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 22 Sept – Seramai 123 pelajar Menengah Enam Atas Pusat Tingkatan Enam (PTE) Tutong telah menyertai majlis Khatam Al-Quran bagi tahun 1437H/2016M yang diadakan di Dewan Serba guna PTE, Tutong, kelmarin.

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis itu ialah Ketua Pegawai Ugama, Daerah Tutong, Awang Hassan bin Amat.

Majlis yang diungkayahkan oleh Jabatan Pengajian Islam, PTE Tutong dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar dan Pembimbing Rakan Remaja itu adalah salah satu aktiviti tahunan pusat berkenaan sekali gus menyahut seruan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang berhasrat menjadikan negara ini sebagai sebuah Negara Zikir.

Di samping itu, tujuannya adalah untuk membasmi buta huruf Al-Quran dalam kalangan generasi muda dan belia khususnya para pelajar sekolah, melahirkan insan bertakwa dengan ajaran Islam di samping meraih pahala berlipat ganda, dan menanam sikap budaya cintakan Al-Quran.

Para peserta lelaki PTE Tutong yang menyertai majlis khatam Al-Quran bergambar ramai bersama tetamu kehormat.
Para peserta lelaki PTE Tutong yang menyertai majlis khatam Al-Quran bergambar ramai bersama tetamu kehormat.
Tetamu kehormat ketika menerima cenderahati daripada Pengetua PTE Tutong.
Tetamu kehormat ketika menerima cenderahati daripada Pengetua PTE Tutong.

ARTIKEL YANG SAMA