1,234 terima rumah

1,234 terima rumah

Oleh Imelda Groves HA

Gambar oleh Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Feb – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini, berkenan berangkat menyempurnakan pengurniaan anak-anak kunci rumah kepada seramai 1,234 orang penerima di bawah Rancangan Perumahan Negara (RPN) dan Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati (STKRJ) bagi Daerah Brunei dan Muara.

Keberangkatan tiba Baginda Sultan pada majlis yang berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas dijunjung oleh Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Paduka Haji Bahrin bin Abdullah, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong dan Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Misle bin Haji Abdul Karim.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Hakim Mahkamah Rendah Syariah Daerah Brunei dan Muara, Pengiran Dr. Haji Badaruddin bin Pengiran Abdul Rahman.

Dalam sembah alu-aluannya, Awang Misle berkata, daripada jumlah penerima anak kunci, seramai 1,009 orang terdiri daripada penerima di bawah Rancangan Perumahan Negara dan 225 penerima Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati.

Sejurus selesai menyempurnakan pengurniaan anak kunci, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan dijunjung berangkat ke rumah Penghulu Mukim Gadong ‘B’, Mejar (B) Haji Bakar bin Sapar.

KDYMM berkenan bergambar ramai bersama keluarga salah seorang penerima anak kunci, Dayangku Aryatna binti Pengiran Rumbli.
KDYMM berkenan bergambar ramai bersama keluarga salah seorang penerima anak kunci, Dayangku Aryatna binti Pengiran Rumbli.
KDYMM berkenan bergambar bersama anakanda-anakanda Baginda dan pelajar lain ISB.
KDYMM berkenan bergambar bersama anakanda-anakanda Baginda dan pelajar lain ISB.

Beliau juga memangku jawatan Ketua Kampung Beribi dan menjalankan Hal Ehwal Pentadbiran STKRJ Kampung Katok ‘B’. Mukim Gadong ‘B’ mempunyai keluasan 2456.62 kilometer persegi dan mempunyai lebih 35,000 orang penduduk.

Dari rumah Penghulu Mukim ‘B’, Baginda Sultan berkenan melawat Sekolah Menengah Menglait Gadong.

Sekolah berkenaan ditubuhkan pada 1 Januari 1985 yang pada asalnya merupakan Sekolah Rendah Menglait dan seterusnya dijadikan Sekolah Menengah Menglait yang menawarkan pembelajaran bagi Tingkatan Bawah sahaja.

Kini sekolah tersebut menempatkan pelajar Tahun 7 hingga 11 dan mempunyai sejumlah 542 orang pelajar dan 87 orang tenaga pengajar.

Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ke Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.
Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ke Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

pg04_160205_b pg04_160205_c pg04_160205_d

Baginda Sultan berkenan menyempurnakan pengurniaan anak-anak kunci rumah.
Baginda Sultan berkenan menyempurnakan pengurniaan anak-anak kunci rumah.

pg04_160205_f

Baginda Sultan berkenan menyempurnakan pengurniaan anak-anak kunci rumah.
Baginda Sultan berkenan menyempurnakan pengurniaan anak-anak kunci rumah.

pg04_160205_h

Baginda kemudiannya meneruskan lawatan ke Sekolah Rendah Mabohai, Brunei I yang mempunyai seramai 248 orang pelajar dari peringkat Pra hingga Tahun 6. Bagi sesi pagi, sekolah rendah itu mempunyai seramai 31 orang tenaga pengajar, manakala itu pada sebelah petang ia digunakan bagi sesi persekolahan agama.

Baginda seterusnya dijunjung berangkat melawat ke Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB) di Jalan Utama Salambigar, Kampung Sungai Hanching, Mukim Berakas B.

Sekolah itu menawarkan pembelajaran bagi tahun awal (penuntut berumur 2 hingga 5 tahun), pendidikan rendah (berumur 5 hingga 11 tahun), pendidikan menengah (berumur 11 hingga 16 tahun) dan peringkat International Baccalaureate (berumur 16 hingga 19 tahun).

Lawatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ke institusi-institusi pendidikan ini membuktikan keprihatinan Baginda terhadap perkembangan dan kemajuan pendidikan di negara ini.

Selesai membuat lawatan di institut-institut pendidikan berkenaan, Baginda Sultan berkenan berangkat ke rumah beberapa orang penerima anak kunci rumah di bawah Rancangan Perumahan Negara Kampung Panchor (Mengkubau), Mukim Mentiri.

Sembah alu-aluan yang disampaikan oleh Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara.
Sembah alu-aluan yang disampaikan oleh Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara.

pg04_160205_j pg04_160205_k

Para penerima anak-anak kunci bergambar bersama plak pengurniaan anak kunci.
Para penerima anak-anak kunci bergambar bersama plak pengurniaan anak kunci.

pg04_160205_m pg04_160205_n pg04_160205_o

Antara yang dikunjungi Baginda ialah rumah Dayangku Aryatna binti Pengiran Rumbli, No.21, Simpang 22, Jalan Bukit Sinadur (rumah teras), rumah Awang Muhammad Nazrul Raffie bin Abdullah @ Juan anak Bugi di No.25, Simpang 21, Jalan Bukit Sinadur (rumah teres), rumah Awang Mohammad Rezal bin Haji Ibrahim di No. 18, Simpang 44, Jalan Bukit Pandayan (rumah kembar), rumah Awang Nasib bin Haji Jais di No. 27, Simpang 38, Jalan Bukit Pandayan (rumah kembar) dan beberapa buah rumah di sekitarnya.

Bermula dari tahun 1996 sehingga sekarang, Skim Rancangan Perumahan Negara dan Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati telah menyediakan lebih 27,000 unit rumah dengan jumlah besar di Daerah Brunei dan Muara iaitu sebanyak 18,480 buah rumah, 6,585 buah di Daerah Belait, 2,223 buah di Daerah Tutong dan sebayak 403 buah rumah di Daerah Temburong.

Dalam usaha memastikan penyediaan perumahan di bawah Rancangan Perumahan Negara ini mampu memenuhi permintaan yang sedia ada, Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Kemajuan Perumahan telah merangka beberapa strategi dalam penggunaan tanah secara optimum bagi meningkatkan bilangan hasil pengeluaran rumah seperti pembinaan rumah ‘cluster’ dan rumah jenis bertingkat tinggi ‘vertical housing’ yang mana ia juga boleh mengurangkan kos pembinaan infrastruktur dan seterusnya mengurangkan subsidi kerajaan.

Menurut perancangan Jabatan Kemajuan Perumahan, lebih 2,000 unit rumah dijangka siap dalam tempoh dua tahun ini termasuk 300 unit rumah pangsa yang dibina di kawasan RPN Lambak Kanan.

ARTIKEL YANG SAMA