124 kereta ahli SBC konvoi sambil beramal

124 kereta ahli SBC konvoi sambil beramal

KUNAK, 18 Sept – Kira-kira 124 kereta Proton Saga memeriahkan acara konvoi sambil beramal dari Padang Pekan Kunak sehingga ke Hospital Kunak sempena sambutan Hari Keluarga, anggota Kelab Sabah Borneo Community (SBC) dan Hari Malaysia.

Acara konvoi itu disertai kira-kira 180 anggota SBC dari pelbagai daerah termasuk Tawau, Lahad Datuk, Sandakan, Beaufort, Kota Kinabalu dan Labuan.

Presiden kelab, Hendry Jaulit, 34, berkata selain mengeratkan hubungan sesama ahli SBC, objektif lain juga memperkukuh hubungan dengan komuniti sekeliling.

“Aktiviti ini bukan setakat mengisi masa lapang ahli-ahli kelab tetapi kali ini aktiviti yang dianjurkan lebih bermakna dan mengujakan apabila kami berkonvoi sambil beramal…kami bantu golongan yangkurang bernasib baik,” katanya kepada Bernama, di sini.

Acara konvoi itu diselitkan dengan aktiviti melawat pesakit di Hospital Kunak bagi memberi kesedaran dan melahirkan golongan belia yang berwawasan serta celik terhadap persekitaran.

Sebanyak 124 kereta Proton SAGA berarak dari padang pekan Kunak sehingga ke Hospital Daerah Kujnak sambil beramal sempena hari keluarga Kelab Sabah Borneo Community (SBC) dan Hari Malaysia.
 Kelihatan deretan kereta Saga sebelum berlepas ke hospital berkenaan.
– Bernama
Sebanyak 124 kereta Proton SAGA berarak dari padang pekan Kunak sehingga ke Hospital Daerah Kujnak sambil beramal sempena hari keluarga Kelab Sabah Borneo Community (SBC) dan Hari Malaysia.
 Kelihatan deretan kereta Saga sebelum berlepas ke hospital berkenaan.
– Bernama

Menurut Henry, dana bagi menjayakan acara itu adalah dengan hasil kutipan dalam kalangan anggota kelab sendiri serta bantuan kewangan daripada badan bukan kerajaan (NGO). Sementara itu, Penasihat SBC Daerah Kunak, Mohd Abdullah SIbrahim, 41,berkata sebanyak 28 hamper disumbangkan kepada pesakit di Hospital Kunak sebagai tanda prihatin kepada golongan kurang bernasib baik.

“Kami berikan bantuan kepada golongan ini untuk menggembirakan hati mereka,” katanya lagi.

Beliau berkata diharap acara konvoi sambil beramal itu dapat memupuk nilai murni dalam ahli SBC terlibat.

“Kami mahu ahli menunjukkan rasa empati terhadap golongan yang memerlukan…diharap aktiviti ini sekali gus dapat membudayakan sikap tolong menolong ahli SBC,” katanya. – Bernama