124 mangsa banjir di Serian setakat 8 malam Ini

124 mangsa banjir di Serian setakat 8 malam Ini

KUCHING, 28 Feb (Bernama) – Sejumlah 124 orang daripada 32 keluarga berada di empat pusat pemindahan di Daerah Serian setakat 8 malam ini.

Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Sarawak, Siti Huzaimah Ibrahim berkata jumlah berkenaan meningkat berbanding 51 orang daripada 14 keluarga tengah hari tadi.

Beliau berkata tiga pusat pemindahan menempatkan mangsa banjir manakala sebuah pusat menempatkan mangsa tanah runtuh.

“Pusat pemindahan Gereja Sacred Heart menempatkan 48 orang mangsa daripada 12 keluarga; Balai Raya Slabi Entungkuh menempatkan 40 orang daripada sembilan keluarga dan Surau Hadhari Kampung Rimba Padi menempatkan 26 orang daripada sembilan keluarga,” katanya.

Siti Huzaimah berkata sebuah lagi pusat pemindahan di Balai Raya Koran yang menempatkaan 10 mangsa daripada dua keluarga pula dibuka kerana berlaku tanah runtuh dan menjejaskan rumah mangsa.