124 sekolah di S’wak dalam keadaan rosak teruk

124 sekolah di S’wak dalam keadaan rosak teruk

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) – Sebanyak 124 sekolah di Sarawak mengalami masalah infrastruktur yang rosak teruk dan memerlukan pembaikan serta merta, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2014 Siri 3.

Laporan itu menyatakan lawatan audit ke 145 sekolah di negeri itu mendapati 85.5 peratus daripadanya berada dalam keadaan usang, struktur kayu reput, tanah mendap, struktur konkrit rosak dan mempunyai masalah serangan anai-anai yang boleh mengancam keselamatan.

Laporan itu berpendapat infrastruktur yang rosak teruk hendaklah dibaiki dengan segera untuk memastikan kemudahan asas disediakan bagi menyokong proses pengajaran dan pembelajaran supaya dapat memberi keselesaan dan keselamatan kepada warga sekolah.

ARTIKEL YANG SAMA