126 murid pra agama mendaftar di Temburong

126 murid pra agama mendaftar di Temburong

Oleh Ampuan Irma Susanti

TEMBURONG, 7 Jan – Tahun ini, seramai 126 orang murid pra agama, 69 orang lelaki dan 57 orang perempuan, mendaftar di 10 buah sekolah agama di Daerah Temburong bagi sesi tahun 2016 yang telah melalui sesi pendaftaran dan orientasi petang tadi.

Ini termasuk anak pasangan warganegara asing yang merasa rahmat dan bersyukur dengan adanya kemudahan pendidikan agama yang percuma di negara ini berbanding di negara lain.

Penguatkuasaan Undang-undang ‘Perintah Pendidikan Ugama Wajib 2012’ yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2013, merupakan rahmat besar dalam bidang pendidikan di negara ini.

Pelaksanaannya menepati hasrat negara untuk menerapkan dasar pendidikan akademik yang diimbangi dan diperkukuhkan dengan mewajibkan setiap murid dan penuntut beragama Islam menghadiri sekolah agama selama enam tahun di samping sekolah biasa.

Ibu bapa bersama anak-anak mereka yang baru mendaftar di salah sebuah sekolah agama di Daerah Temburong.
Ibu bapa bersama anak-anak mereka yang baru mendaftar di salah sebuah sekolah agama di Daerah Temburong.

pg10_160108_b

Dua orang kanak-kanak yang mendaftar di salah sebuah agama di Daerah Temburong.
Dua orang kanak-kanak yang mendaftar di salah sebuah agama di Daerah Temburong.
Bapa kepada seorang kanak-kanak bersekolah agama ketika ditemu bual wakil media.
Bapa kepada seorang kanak-kanak bersekolah agama ketika ditemu bual wakil media.

Di peringkat pra-sekolah ini, murid-murid baru akan menjalani pembelajaran secara berperingkat seperti mengenal huruf jawi, mempelajari surah-surah pendek, bacaan dalam sembahyang dan banyak lagi.

Keberkesanan pendidikan agama pada masa kini sangat bergantung kepada keupayaan dan peranan guru dengan memperkasa keberkesanan pendidikan ugama menerusi pengemaskinian kurikulum yang lebih kreatif dan inovatif dengan memberi nafas baru dalam penerapan yang lebih relevan dan berkesan.

ARTIKEL YANG SAMA