126 pelajar khatam dirai

126 pelajar khatam dirai

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 April – Seramai 126 orang pelajar Tahun 8, Sekolah Arab Sungai Akar diraikan dalam Majlis Khatam Al-Quran yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas, hari ini.

Hadir pada majlis tersebut dan seterusnya menyampaikan sijil khatam Al-Quran kepada para peserta ialah Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Haji Harun bin Haji Junid.

Turut hadir ialah pengarah dan penolong pengarah Jabatan Pengajian Islam (JPI), ketua bahagian JPI, pengetua sekolah Arab, pegawai dan guru sekolah berkenaan serta ibu bapa dan penjaga pelajar yang diraikan.

Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Ugama semasa menghadiri majlis tersebut.
Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Ugama semasa menghadiri majlis tersebut.
Antara peserta khatam yang terlibat.
Antara peserta khatam yang terlibat.

Terdahulu majlis diserikan dengan bacaan takhtim dan Dikir Marhaban oleh penuntut Tahun 7 sekolah berkenaan, diikuti dengan bacaan doa khatam yang dipimpin oleh pelajar Tahun 8 ‘Zurah’, Awang Ahmad Nasyaruddin bin Haji Abdul Rahim.

Majlis antara lain bertujuan bagi memastikan pelajar Tahun 8 khatam membaca 30 juzuk Al-Quran, di samping memastikan mereka membaca Al-Quran dengan baik dan lancar, selain menjadikan Al-Quran sebagai amalan dan panduan dalam pedoman hidup.

ARTIKEL YANG SAMA