1,284 planet baru dijumpai

1,284 planet baru dijumpai

MIAMI, 11 Mei (AFP) – NASA hari ini mengumumkan penemuan 1,284 planet baru di luar sistem solar kami, lebih dua kali ganda bilangan planet di luar tatasuria yang ditemui dengan teleskop angkasa lepas Kepler.

“Ini memberikan kita harapan bahawa di tempat lain di luar sana, sekitar bintang seperti bintang kita, kita akhirnya boleh menemui satu lagi Bumi,” kata Ellen Stofan, ketua ahli sains di ibu pejabat NASA di Washington.

Pemerhati angkasa lepas Kepler yang tidak dikendali, yang dilancarkan dalam tahun 2009 telah mengimbas 150,000 bintang untuk mencari tanda-tanda badan yang mengelilingi , terutamanya yang mungkin dapat membantu kehidupan.Ia berfungsi dengan meneliti kemalapan cahaya bintang, dikenali sebagai transit, setiap kali planet yang mengelilingi melintasi di hadapannya.

“Dari hampir 5,000 calon planet yang ditemui sehingga kini, lebih 3,200 kini telah disahkan dan 2,325 planet ini ditemui oleh Kepler,” NASA berkata dalam satu kenyataan.

Dari 1,284 planet baru, hampir 550 mungkin planet berbatu-batu seperti Bumi, berdasarkan saiznya, menurut agensi angkasa lepas PBB.

Pihak NASA melalui teleskop angkasa lepas Kepler menemukan 1,284 planet baru di luar sana. – AFP
Pihak NASA melalui teleskop angkasa lepas Kepler menemukan 1,284 planet baru di luar sana. – AFP

“Sembilan darinya berkeliling dalam zon matahari mereka yang boleh didiami, yang jaraknya dari bintang yang mana planet yang mengelilingi boleh memiliki suhu permukaan yang membolehkan air cecair boleh berkumpul.

Penambahan sembilan ini bermakna 21 planet luar tatasuria kini diketahui mengelilingi bintang dalam zon yang digelar ‘zon yang boleh didiami’ dan mungkin terdapat kehidupan di sana.

Bagaimanapun Kepler adalah ‘misi statistik’ menurut ahli sains NASA dan bukan direka untuk menyiasat seterusnya ke atas keadaan persekitaran planet yang wujud dalam zon yang digelar ‘zon Goldilocks’ di bintang-bintang mereka, sama ada tidak panas mahupun tidak sejuk untuk mengekalkan kehidupan.

Itu bermakna malah teleskop angkasa lepas yang paling canggih kini sedang dibina, termasuklah Teleskop Angkasa Lepas James Webb, mungkin tidak mampu menjelaskan lebih banyak tentang ciri-ciri kehidupan – jika ia wujud di planet di luar tatasuria jauh yang lain.

“Jika anda bertanya pada diri sendiri, di mana mungkin beradanya planet terdekat yang berpotensi boleh didiami, anda mendapati mungkin dalam tempoh 11 tahun cahaya,” kata Natalie Batalha, ahli sains misi Kepler di Pusat Penyelidikan Ames, NASA.