13 anggota SPSS naik pangkat

13 anggota SPSS naik pangkat

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Feb – Seramai 13 orang pengawal keselamatan dari Pasukan Setia Protective Security Services (SPSS) Sdn Bhd hari ini dinaikkan pangkat kepada Inspektor Keselamatan Kanan dan Ketua Keselamatan SPSS.

Majlis penyematan pangkat baru itu berlangsung di Kompleks Ibu Pejabat SPSS di Kampung Jerudong disempurnakan oleh Pemangku Pengurus Keselamatan SPSS, Leftenan Kolonel (B) Awang Iskandar bin Dato Paduka Haji Yahya.

Kesemua mereka yang naik pangkat sebelum ini menjalani latihan profesional dalam bidang masing-masing dan mampu menangani segala cabaran keselamatan.

Lt. Kol (B) Awang Iskandar menyempurnakan penyematan pangkat kepada salah seorang anggota penerima.
Lt. Kol (B) Awang Iskandar menyempurnakan penyematan pangkat kepada salah seorang anggota penerima.

ARTIKEL YANG SAMA