13 banduan maut kekecohan dalam penjara

BANDAR MEXICO, 11 Okt – Kira-kira 13 orang banduan mati dalam rusuhan di penjara di utara Mexico yang ditamatkan oleh pihak berkuasa dengan kekerasan, menurut seorang pegawai keselamatan kerajaan lewat semalam.

Jurucakap Aldo Fasci berkata rusuhan berlaku di penjara negeri di Cadereyta dan angka kematian mungkin meningkat memandangkan lapan orang dalam keadaan kritikal.

Sepanjang tengah hari semalam, kaum keluarga yang dalam keadaan terdesak melawan pihak berkuasa di luar tembok penjara, menuntut maklumat tentang anggota keluarga mereka yang berada di dalam ketika asap tebal keluar dari beberapa tempat dalam penjara.

Beberapa jam cubaan rundingan gagal dan pihak polis yang menggunakan kekerasan tidak berbahaya tidak dapat mengekang rusuhan, menurut Fasci. Justeru pihak berkuasa memutuskan untuk menggunakan kekerasan berbahaya untuk melindungi nyawa para pengawal dan tahanan.

Pihak berkuasa boleh melihat menerusi monitor video bahawa sekurang-kurangnya seorang tahanan telah pun terbunuh dan pengawal-pengawal dijadikan tebusan, menurutnya lagi.

Asap menjulang dari penjara Cadereyta di mana pergaduhan di antara para tahanan telah mengakibatkan beberapa orang maut dan cedera pada 10 Oktober 2017 di Cadereyta, Nuevo Leon, Mexico. – AFP

Pengawal-pengawal ditahan dan dibelasah di atas bumbung.

Fasci berkata “Jika mereka tidak mengambil keputusan ini sekarang kita akan bercakap tentang banyak lagi kematian.”

Kekecohan bermula malam Isnin lalu apabila salah seorang dari enam orang geng yang lazimnya diasingkan dalam penjara membantah.

Bantahan berhenti, tetapi awal pagi semalam pertempuran meletus dan seorang tahanan dibunuh dan mayatnya dibakar, menurut Fasci.

Apabila pada mulanya pihak polis masuk dan cuba mengawal mereka berdepan dengan kira-kira 150 tahanan yang menyerang mereka dengan alat logam dan batu-batu kasar dari kerja yang sedang dijalankan di dalam penjara.

Tidak ada pengawal terbunuh dalam keganasan itu, tetapi seorang pegawai polis cedera teruk akibat mengalami kecederaan paru-paru.

Seramai 4,000 orang tahanan, melawan 300 orang pengawal, kata Fasci lagi, dengan menambah kata penjara itu tidak dibentuk bagi ramai tahanan dan tahanan-tahanan di tahap keadaan yang berisiko. – AP