13 berentap dalam kejohanan bola keranjang

13 berentap dalam kejohanan bola keranjang

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh Khairil Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Feb – Sembilan pasukan lelaki dan empat pasukan wanita berentap di dalam di dalam Kejohanan Liga Bola Keranjang JIS bermula hari ini sehingga 2 Mac 2016 nanti di Sekolah Antarabangsa Jerudong (JIS), Tungku Link.

Antara pasukan yang bersaing adalah Sekolah St George’s, Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan dan Sekolah Seri Mulia Sarjana dalam Kumpulan A, Sementara itu dalam Kumpulan B pula di sertai oleh Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB), Sekolah St Andrew’s dan Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah.

Manakala dalam Kumpulan C pula disertai oleh Pasukan Sekolah Antarabangsa Jerudong (JIS) bertemu dengan Pasukan Pusat Tingkatan Enam Meragang dan Pasukan Sekolah Menengah Sultan Muhammad Jamalul Alam.

Dalam bahagian Wanita pula, empat pasukan akan bersiang bagi meraih kejayaan dalam kejohanan kali ini antaranya ialah pasukan tuan rumah JIS Girls yang akan berhadapan ISB Girls, Maktab Duli Girls dan St Andrew’s Girls.

Antara aksi pemain ketika perlawanan tersebut.
Antara aksi pemain ketika perlawanan tersebut.

Empat perlawanan telah berlangsung hari ini dan akan diteruskan lagi esok dengan perlawanan mengikut kumpulan masing-masing.

Acara suku akhir akan berlangsung pada 29 Februari ini dan separuh akhir akan berlangsung pada 1 Mac, sementara itu peringkat akhir pula akan diadakan pada 2 Mac nanti.

Majlis pembukaan rasmi sukan berkenaan menyaksikan Pengarah Sukan Sekolah Antarabangsa Jerudong, Chris Mc George menyampaikan ucapannya.