13 cedera bas bertembung

13 cedera bas bertembung

ANCHORAGE, Alaska, 9 Ogos – Tiga belas orang perlu dirawat di hospital selepas karavan (motor home) merempuh belakang sebuah bas yang sedang membelok memasuki sebuah rumah persinggahan di kawasan tanah gersang berhampiran Taman Negara Wrangell-St.Elias, Alaska.

Tahap kecederaan dari kemalangan pagi lewat Ahad lalu itu berhampiran Copper Center, Alaska tidak diketahui, menurut jurucakap Alaska State Tropper semalam.

Sebuah kereta ambulans telah membawa beberapa orang yang tercedera ke pusat perubatan berhampiran di Glennallen, Alaska, manakala sebuah pesawat helikopter dan sebuah lagi pesawat udara membawa yang lain ke hospital-hospital di Wasilla dan Anchorage, kira-kira 160 batu ke Barat, menurut jurucakap Troopers Tim DeSpain.

Bas itu yang dalam perjalanan menuju ke utara membawa 32 orang di dalamnya, dan dirempuh sebelum pukul 11 pagi Ahad lalu ketika ia hendak membelok dari Lebuh raya Richardson menuju Rumah Tumpangan Copper River Princess Wilderness, menurut DeSpain.

Karavan yang dinaiki oleh empat orang itu dipandu oleh Jesse Johnson, 47 tahun dari Anchorage.

Bas itu adalah dari North Pole Tour, yang terletak di North Pole, Alaska. Pada satu bahagian sisi bas itu terdapat tulisan dalam bahasa Korea, menurut DeSpain dan bahasa sama muncul di laman sesawang syarikat itu.

Lelaki yang menjawab panggilan telefon di North Pole Tour tengah hari semalam enggan mengulas kepada Associated Press dan berkata pemiliknya tidak dapat dihubungi.

Lynn Williams, pengurus di rumah tumpangan itu, juga enggan mengulas kepada Associated Press mengikut dasar syarikat itu.

Tidak ada petikan dikeluarkan segera dan kemalangan itu masih disiasat, menurut DeSpain. – AFP