13 cedera dalam letupan bom sasar hakim

13 cedera dalam letupan bom sasar hakim

QUETTA, Pakistan, 11 Ogos – Bom tepi jalan kelihatannya menyasarkan seorang hakim telah mencederakan kira-kira 13 orang di bandar Quetta, Pakistan hari ini, menurut para pegawai, beberapa hari selepas serangan besar membunuh hampir kebanyakan para peguam kanan bandar itu.

“Bom itu ditanam di sebuah jambatan di bandar, yang meledak serta-merta selepas kenderaan seorang hakim mahkamah Islam melintasinya,” kata Akbar Harifal, setiausaha dalaman wilayah barat daya Balochistan, memberitahu AFP.

Hakim, Zahoor Shehwani, terselamat, tambahnya, namun letupan itu terkena kenderaan pengiring keselamatan, mencederakan empat kakitangan polis dan sembilan orang yang lalu lalang.

Hamid Shakeel, seorang pegawai polis kanan tempatan, mengesahkan serangan itu dan korban jiwa.

Para pegawai keselamatan Pakistan memeriksa tapak letupan bom tepi jalan di Quetta pada 11 Ogos. – AFP
Para pegawai keselamatan Pakistan memeriksa tapak letupan bom tepi jalan di Quetta pada 11 Ogos. – AFP

Tidak ada kumpulan yang mendakwa bertanggungjawab atas serangan itu, yang muncul tiga hari selepas pengeboman berani mati di sebuah hospital Quetta membunuh kira-kira 73 orang, kebanyakan mereka adalah para peguam kanan.

Penganalisis berkata serangan itu telah meninggalkan kekosongan dalam komuniti perundangan yang dilihat sebagai angkatan penting bagi keadilan di wilayah paling berbahaya negara itu. – AFP