13 cedera, penyerang bertopeng rosakkan pos keselamatan

13 cedera, penyerang bertopeng rosakkan pos keselamatan

BEIJING, 7 Dis – Kira-kira 100 penyerang bertopeng memusnahkan pos pemeriksaan keselamatan di Inner Mongolia di wilayah utara China, mencederakan 13 orang dan merosakkan 11 kenderaan, menurut media negara lewat semalam.

Kumpulan terbabit menyembur cairan lada hitam ke arah anggota yang bertugas, mengikat lalu sambil mengancam akan memukul mereka sehingga mati, kata Perkhidmatan Berita China.

Laporan itu tidak menyatakan motif serangan semalam ke atas pos pemeriksaan itu di daerah Ejin dan Reuters gagal untuk mendapatkan ulasan daripada para pegawai.

Inner Mongolia dilanda kekacauan sejak beberapa tahun lepas oleh kumpulan etnik penggembala Mongol yang mengadu mengenai aktiviti perlombongan yang memusnahkan kawasan tanah tradisi mereka, dan kawalan keselamatan pada umumkan diketatkan di rantau tersebut.

Setiap tahun, China mengalami berpuluh-puluh ribu “insiden besar-besaran”, yang dicetuskan oleh rungutan berhubung amalan rasuah, pencemaran dan rampasan tanah secara haram.

Kejadian-kejadian tersebut menggentarkan Parti Komunis yang memerintah, yang berusaha bersungguh-sungguh untuk mengekalkan kestabilan. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA