13 didakwa atas kesalahan bunuh seorang budak lelaki

13 didakwa atas kesalahan bunuh seorang budak lelaki

DHAKA, 17 Ogos (AFP) – Polis Bangladesh telah mendakwa 13 lelaki atas kesalahan bunuh apabila membelasah kejam seorang budak lelaki 13 tahun yang telah mencetuskan kemarahan seluruh negara setelah video membelasah itu diviralkan, seorang detektif memberitahu hari ini.

Pihak polis menyerahkan kertas pertuduhan kepada sebuah mahkamah di bandar utara Sylhet kelmarin ke atas pembunuhan bulan lepas Samiul Alam Rajon, yang telah dihentam hingga mati oleh kumpulan samseng setelah disalah tuduh mencuri sebuah basikal.

“Selepas kami memfailkan kertas pertuduhan termasuk keterangan daripada beberapa saksi, mahkamah tersebut petang ini menerimanya,” detektif Suronjit Talukder, yang menyiasat kes tersebut, memberitahu AFP.

Samiul, yang dituduh mencuri, telah diikat di sebuah tiang dan telah dipukul beramai-ramai tatkala dia merayu bagi nyawanya. Satu bedah siasat telah menjumpai 64 kecederaan berlainan telah dikenakan kepada remaja tersebut.

Satu video selama 28 minit Samiul, yang mana secara meluas tersebar selepas dihantar pada media sosial telah mendorong jiwa warga Bangladesh serta menimbulkan beberapa siri tunjuk perasaan.

Dalam video tersebut, pemuda yang dalam ketakutan itu boleh didengar menjerit dalam kesakitan dan berulang-ulang berkata: “Tolong jangan pukul saya sebegini, Saya akan mati.”

Seketika dia disuruh pergi. Tetapi ketika dia ingin mula berdiri, salah seorang penyerang mengatakan: “Tulangnya masih baik. Pukul dia lebih lagi.”

Sepuluh lelaki telah ditangkap sejak pembunuhan 8 Julai itu dan telah mengakui penglibatan mereka, kata Talukader.

Tiga orang lagi, yang telah melarikan diri dari bandar tersebut, juga telah didakwa tanpa kehadiran dengan pembunuhan termasuk Kamrul Islam, yang telah ditahan di Arab Saudi selepas pegawai menerima petunjuk daripada ahli-ahli komuniti terbesar Bangladesh di negara itu.

Seorang pegawai kementerian luar berkata dia berharap kertas pertuduhan tersebut akan menyegerakan Arab Saudi untuk mempercepatkan penghantaran baliknya.

ARTIKEL YANG SAMA