13 maut, 38 cedera serangan udara Sanaa

13 maut, 38 cedera serangan udara Sanaa

SANAA, 8 Okt (AFP) – Serangan udara yang disyaki diketuai oleh pihak Saudi telah mengorbankan kira-kira 13 orang dalam satu majlis perkahwinan di sebuah bandar yang dikuasai pihak pemberontak di Yaman, menurut saksi-saksi dan pemberontak hari ini, meskipun ketika usaha damai PBB mencapai kemajuan.

Tidak ada ulasan segera dari pasukan campuran yang diketuai Saudi yang menerima banyak kritikan dari kumpulan hak asasi kemanusiaan di atas kematian orang awam dari kempen pengeboman yang diperjuangkannya ke atas pemberontak-pemberontak sejak Mac lalu.

Itu adalah serangan pasukan campuran yang dikatakan serangan kedua ke atas pesta perkahwinan Yaman dalam tempoh hanya seminggu. Serangan baru itu mengenai sebuah rumah yang mana di situ berbelas-belas orang sedang meraikan perkahwinan pada petang Rabu lalu di bandar Sanban, 100 kilometer selatan bandar Sanaa, menurut para penduduk.

“Kapal terbang perang pasukan campuran melancarkan serangan. Rumah itu musnah sama sekali,” kata para saksi dan penduduk tempatan, Taha al-Zuba.

Televisyen pemberontak Al-Masirah melaporkan di Twitter bahawa majlis perkahwinan itu diserang oleh ‘kapal terbang agresif’ dengan merujuk kepada pasukan campuran itu.

Sumber-sumber perubatan berkata 38 orang juga tercedera.

ARTIKEL YANG SAMA