13 maut bas bertembung trak di Vietnam

13 maut bas bertembung trak di Vietnam

HANOI, 22 Mei (AFP) – Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh dan berpuluh-puluh cedera dalam kemalangan jalan raya yang ngeri, melibatkan dua bas penumpang dan sebuah trak di selatan Vietnam hari ini, lapor media.

Kemalangan di wilayah Binh Thuan menyebabkan sekurang-kurangnya 36 yang lain cedera parah, menurut laporan dalam talian akhbar Tuoi Tre. Dua bas berkenaan dipercayai bertembung sebelum merempuh trak, dengan ketiga-tiga kenderaan kemudian terbakar.

“Dua bas dan sebahagian trak rentung,” menurut laporan.

Keadaan tapak kemalangan jalan raya di wilayah Binh Thuan, Vietnam kelmarin. - Xinhua
Keadaan tapak kemalangan jalan raya di wilayah Binh Thuan, Vietnam kelmarin. – Xinhua

Kemalangan jalan raya kerap berlaku di Vietnam, mengorbankan purata 35 orang setiap hari.

Lebuh raya yang sempit, kenderaan tidak diselenggara dengan baik dan pemandu tidak tidak mengikuti peraturan keselamatan jalan raya dan lalu lintas adalah punca bagi kebanyakan kematian.

ARTIKEL YANG SAMA