13 maut, bas tergelincir dari jalan pergunungan

13 maut, bas tergelincir dari jalan pergunungan

KATHMANDU, Nepal, 12 April (AP) – Kira-kira 13 orang terkorban dan 26 lagi cedera apabila sebuah bas tergelincir di sebatang jalan batu kelikir pergunungan dan bergolek hampir 200 meter ke bawah hari ini, menurut pegawai polis.

Pegawai polis Umesh Khadka mengatakan bas terjunam dari jalan sempit berhampiran Barkhetar, 200 km timur bandar Kathmandu.

Para penduduk dan pegawai polis dari kampung berhampiran berada di tapak nahas namun bangkai bas tersebut terperangkap antara pokok-pokok dan curam tajam, menjadikan ia sukar untuk menyelamatkan para mangsa.

Sebuah helikopter penyelamat tentera dan askar juga menuju ke tapak kemalangan. Ia mengambil masa sekitar sejam bagi para penyelamat pertama untuk tiba di tapak berkenaan disebabkan lokasinya.

Nepal yang terkenal dengan kawasan pergunungan memiliki jalan raya yang kebanyakannya sempit dengan selekoh tajam dengan hanya jalan batu kelikir yang menghubungkan kampung-kampung pergunungan.

Kemalangan bas di Nepal pada umumnya disalahkan atas kenderaan yang kurang diselenggarakan dan keadaan jalan. Bas-bas yang sempit dan penumpang yang sering berada di atas bumbung kenderaan.