13 maut bot berlanggar feri

13 maut bot berlanggar feri

ANKARA, 20 Sept (AFP) – Sekitar 13 penghijrah meninggal dunia di luar pantai Turki hari ini selepas dingi boleh kembung yang membawa mereka ke Greece berlanggar dengan sebuah feri, lapor media Turki.

Empat kanak-kanak di antara mangsa nahas yang melibatkan sebuah bot yang membawa 46 penghijrah dari barat laut pelabuhan Canakkale Turki ke pulau Lesbos, Greece, lapor agensi berita Dogan.

Seramai 20 orang diselamatkan dan 13 lagi masih hilang, tambah laporan itu.

Tidak ada maklumat mengenai kerakyatan para penghijrah.

Nahas karam itu merupakan insiden kedua hari ini di laut Aegean, dengan pengawal pantai Greece melaporkan berpuluh yang lain dikhuatiri hilang dari sebuah bot yang dilanda masalah dekat dengan Lesbos.