13 maut feri karam di Bangladesh

13 maut feri karam di Bangladesh

DHAKA, 21 Sept – Sekurang-kurangnya 13 orang maut apabila sebuah feri penuh sesak karam dan tenggelam di selatan Bangladesh hari ini dan sekitar sedozen lebih masih hilang dalam kemalangan sungai terkini di negara ini.

Beberapa penumpang berjaya berenang ke pantai apabila feri karam sejurus selepas berlepas dari daerah Barisal yang membawa kira-kira 70 hingga 80 orang.

“Setakat ini kita telah menemui 13 mayat termasuk tiga wanita dan kanak-kanak. Kira-kira sedozen orang masih hilang,” kata Ketua Polis Barisal Mohammad Akhteruzzaman.

Seorang lagi pegawai polis tempatan berkata antara 70 dan 80 orang dilaporkan menaiki feri tersebut dan saksi melaporkan bahawa feri tersebut penuh sesak.

Angka-angka awal untuk jumlah yang hilang dalam bencana bot Bangladesh sering disemak semula, di mana terdapat beberapa penumpang yang berjaya berenang ke pantai. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA