13 pasukan berentap dalam sepak takraw PESTABARU

13 pasukan berentap dalam sepak takraw PESTABARU

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Mei – 13 pasukan bakal berentap di dalam Kejohanan Sepak Takraw Pantai Kali Ke-4 tahun 2016 bagi merebut Piala Pusingan PESTABARU anjuran Persatuan Sepak Takraw Kebangsaan Brunei Darussalam (PESTABARU) dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Perkara itu antara yang dinyatakan oleh Presiden PESTABARU, Pengiran Haji Ali Hassan bin Pengiran Dato Seri Laila Jasa Haji Abas dalam mesyuarat pengurus-pengurus pasukan yang bakal menyertai kejohanan yang akan berlangsung pada 27 Mei ini di Pejabat PESTABARU di Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

Majlis diselajurkan dengan sesi taklimat mengenai perlawanan tersebut sebelum sesi undian dijalankan bagi perlawanan peringkat awal sebelum melangkah ke peringkat seterusnya pada kejohanan kali keempat berkenaan di Gelanggang Pantai Kompleks Sukan Menglait.

Tiga pasukan berada dalam kedudukan Bye antaranya Angkatan Bersenjata Diraja Brunei ‘A’, Sekolah Sukan ‘B’ dan Pasukan Triple H, sementara itu perlawanan pertama akan diundi pada hari pembukaan rasmi kejohanan itu pada minggu hadapan.

Taklimat mengenai perlawanan yang telah diadakan kelmarin.
Taklimat mengenai perlawanan yang telah diadakan kelmarin.

Setelah sesi undian dilakukan hari ini, Majlis Sukan Polis Diraja Brunei ‘A’ akan menentang Pasukan Muara Spurs, Sengkurong menentang Sekolah Sukan ‘A’, dan Majlis Sukan Polis Diraja Brunei ‘C’ menentang Brunei 88 ‘A’.

Majlis Sukan Polis Diraja Brunei ‘B’ pula akan menentang Pasukan Cari Makan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei ‘B’ akan menentang Pasukan Brunei 88 ‘B’.

Pada kejohanan yang ketiga, kejuaraan berpihak kepada Pasukan Sekolah Sukan yang menewaskan pencabar terdekatnya dari Majlis Sukan Polis Diraja Brunei dalam perlawanan yang sengit, ujar perwakilan PESTABARU ketika ditemui hari ini.

ARTIKEL YANG SAMA