13 pelajar terima insentif DANA

13 pelajar terima insentif DANA

Oleh Yusrin Junaidi

Gambar oleh Bahyiah Bakir

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Jun – Pelajar cemerlang di bawah Tabung Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah untuk Anak-anak Yatim (DANA) hari ini diraikan dalam Majlis Anugerah Insentif Pelajar Cemerlang di Dewan Serba guna, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan), Bandar Seri Begawan.

Penerima Anugerah Insentif DANA bergambar ramai dengan Yang Berhormat Pehin dan pegawai tertinggi Yayasan.
Penerima Anugerah Insentif DANA bergambar ramai dengan Yang Berhormat Pehin dan pegawai tertinggi Yayasan.

Seramai 13 orang anak-anak yatim cemerlang ini menerima anugerah daripada Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah DANA, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman.

Mereka merupakan pelajar yang mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan awam tahun 2015 antaranya Brunei Cambridge GCE O Level, Sijil pelajaran Ugama Brunei (SPUB), Sekolah Rendah Ugama Darjah 6 dan Penilaian Sekolah Rendah. Mereka menerima insentif berupa sijil penghargaan, komputer riba dan mesin pencetak serta wang tunai bagi pakej kemudahan belajar.

Anugerah Insentif Pelajar Cemerlang ini merupakan kali ke-9 diadakan bagi mendorong anak-anak yatim menghargai kepentingan pendidikan dan sebagai penyuntik semangat serta galakan kepada mereka untuk terus berusaha meraih kejayaan.

ARTIKEL YANG SAMA