13 pemberontak China ditahan

13 pemberontak China ditahan

BEIJING, 13 Sept – Pihak berkuasa China telah menahan 13 orang penduduk kampung pemberontak, Wukan hari ini, menurut polis, selepas memenjarakan ketuanya – yang dilantik mengetuai bantahan ke atas para pegawai Komunis – berhubung dakwaan rasuah.

Wukan, kampung nelayan yang mempunyai 13,000 penduduk di wilayah selatan Guangdong, menjadi simbol penentangan ke atas rasuah selepas kebangkitan besar-besaran berhubung dakwaan perampasan tanah yang menyalahi undang-undang yang menjadi tajuk akhbar sejagat dalam tahun 2011. Lin Zulian, yang memainkan peranan penting dalam bantahan itu, telah ditahan pada Jun lalu dan polis berkata sejak itu para penduduk  terus membuat berita angin dan menggunakan langkah seperti ancaman, menghina, memaksa dan memberi rasuah untuk melancarkan perhimpunan besar-besar yang menyalahi undang-undang.” – AFP

Gambar fail yang diambil pada 9 September menunjukkan radikal pro-demokrasi ahli parlimen Leung Kwok-hung, (dua kanan), dan penunjuk perasaan lain memegang gambar pemimpin kampung Wukan Lin Zuluan semasa demonstrasi di luar pejabat perhubungan kerajaan pusat China di Hong Kong. – AP

Gambar fail yang diambil pada 9 September menunjukkan radikal pro-demokrasi ahli parlimen Leung Kwok-hung, (dua kanan), dan penunjuk perasaan lain memegang gambar pemimpin kampung Wukan Lin Zuluan semasa demonstrasi di luar pejabat perhubungan kerajaan pusat China di Hong Kong. - AP
Gambar fail yang diambil pada 9 September menunjukkan radikal pro-demokrasi ahli parlimen Leung Kwok-hung, (dua kanan), dan penunjuk perasaan lain memegang gambar pemimpin kampung Wukan Lin Zuluan semasa demonstrasi di luar pejabat perhubungan kerajaan pusat China di Hong Kong. – AP

ARTIKEL YANG SAMA