13 pemenang DST terima hadiah

13 pemenang DST terima hadiah

Oleh Imelda Groves HA

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Mei – Seramai 13 pemenang bertuah aktiviti promosi sempena Hari Ulang Tahun DST ke-21 telah menerima hadiah masing-masing semasa Pesta Pengguna ke-18, di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis penyampaian hadiah bagi ‘Cabaran Video Instagram’, ‘Cabutan Mingguan My DST Account’ dan ‘Promosi Ganjaran DSTINCOMM Online’ itu ialah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif DST, Haji Marsad bin Haji Ismail.

Turut hadir ialah Pemangku Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Elektrik, Awang Aziz bin Abdullah, para pengurus kanan dan kakitangan DST, tetamu khas dan para peserta.

Hadiah-hadiah kepada para pemenang ‘Cabaran Video Instagram’ dan ‘Cabutan Mingguan MyDST Account’ telah disampaikan oleh Pengurus Kanan Produk Kumpulan DST, Hajah Zuzana Ahmad.

Antara para pemenang bertuah yang menyertai aktiviti, promosi, perkhidmatan DST semasa Pesta Pengguna ke-18 di ICC.
Antara para pemenang bertuah yang menyertai aktiviti, promosi, perkhidmatan DST semasa Pesta Pengguna ke-18 di ICC.
Antara yang hadir pada majlis penyampaian hadiah DST tersebut.
Antara yang hadir pada majlis penyampaian hadiah DST tersebut.

Manakala itu, hadiah bagi pemenang ‘Ganjaran Promosi DSTINCOMM Online’ disampaikan oleh Awang Aziz.

Pada majlis itu, bagi ‘Cabutan Mingguan MyDST Account’ yang diadakan dari 1 April hingga 5 Mei lalu, lima pemenang iaitu Awang Mazlan bin Haji Sani, Rozina Haji Mustafa, Asmah Beevi Abdullah Rasheed, Awang Muhd Ali Fedzuan bin Dato Paduka Haji Alimin dan Dayang Nornasyirah binti Nordin, membawa pulang baucar bernilai $50 termasuk barangan eksklusif DST setiap seorang.

Sementara itu, dalam ‘Cabaran Video Instagram’ yang diadakan dari 1 hingga 15 April lalu, menyaksikan Awang Azran bin Yusof membawa balik Samsung Galaxy A7 dan baucar DST bernilai $80 selaku pemenang pertama, diikuti oleh Awang Muhammad Hazim bin Abu Hassan di tempat kedua dengan memenangi Samsung Galaxy A5 dan baucar DST .

Tempat ketiga pula dimenangi oleh Dayang Amy Arniza binti Channip dengan membawa pulang Samsung Galaxy A5 dan baucar DST bernilai $50. Para pemenang dalam cabaran ini turut menerima barangan eksklusif DST.

Pemenang pertama hingga kelima dalam promosi DSTINCOMM online yang diadakan sepanjang 25 Mac hingga 8 Mei pula, masing-masing memenangi Samsung Galaxy S7, Apple iPhone 6, Samsung Galaxy S6, Samsung Galaxy Tab S2 9.7’ dan Samsung Galaxy A5.

Manakala itu, 50 hadiah sagu hati juga diberikan kepada para pemenang yang membeli secara talian.

Untuk keterangan lanjut mengenai aktiviti-aktiviti DST, promosi, produk dan perkhidmatan, pengguna bolehlah melayari laman sesawang rasmi DST di www.dst.com.bn atau hubungi Pusat Panggilan DST 151.

ARTIKEL YANG SAMA