13 sambut Krismas di Tasik Victoria mati lemas

13 sambut Krismas di Tasik Victoria mati lemas

KAMPALA, 29 Dis – Kira-kira 13 orang mati lemas di Tasik Victoria, Uganda, apabila ombak muncul menelan mereka ketika meraikan cuti Krismas, kata polis Uganda hari ini.

“Para mangsa yang dikenal pasti kebanyakannya belia sedang berenang sebelum ombak kuat menghanyutkan mereka,” jurucakap polis bagi bandar Kampala, Patrick Onyango.

“Sejauh ini 13 mayat telah ditemui.”

Insiden mati lemas jarang berlaku di perairan Tasik Victoria, yang terletak hanya di selatan bandar itu, namun polis mengatakan mereka terkejut dengan jumlah besar mangsa dalam insiden tunggal itu.

“Ini adalah pertama kali kami mendapat jumlah korban yang besar – sebelumnya ia kes berasingan dengan seorang atau dua orang sahaja,” kata Onyango. – AFP