13 saudara baru terima sijil tamat kursus

13 saudara baru terima sijil tamat kursus

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Mei – Seramai 13 peserta lelaki yang mengikuti Skim Bimbingan Lanjutan (1) bagi saudara-saudara baru siri ke-93, telah menerima sijil tamat kursus mereka dalam majlis penutup skim berkenaan di Pusat Dakwah Islamiah, hari ini.

Penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Pemangku Ketua Bahagian Pengembangan Dakwah, Pusat Dakwah Islamiah, Awang Ali Hassan bin Said selaku tetamu kehormat majlis merangkumi peserta terdiri dari Daerah Brunei dan Muara, Tutong dan Temburong.

Dengan penerimaan sijil itu, para peserta telah berjaya menamatkan kursus bimbingan selama dua minggu yang mendidik mereka dalam meningkatkan dan menghalusi lagi ilmu pengetahuan agama mereka, terutama dalam bidang ibadat solat.

Kursus itu juga dapat melatih dan membolehkan para peserta mengepalai majlis-majlis dan kegiatan-kegiatan keagamaan seperti menjadi imam solat fardu, mengepalai tahlil, doa selamat dan seumpamanya.

Peserta dan warga Pusat Dakwah Islamiah yang hadir pada Majlis Penutup Skim Bimbingan bagi saudara baru.
Peserta dan warga Pusat Dakwah Islamiah yang hadir pada Majlis Penutup Skim Bimbingan bagi saudara baru.

ARTIKEL YANG SAMA