13 tahun tidak potong rambut

13 tahun tidak potong rambut

NEW YORK (Agensi) – Seorang lelaki gelandangan di sini menjadi bualan ramai apabila dikatakan tidak memotong rambut sejak 13 tahun dahulu sehingga ia mencecah tanah.

Lelaki itu, Delfine Vizearra dipercayai menyimpan rambutnya sejak 2002 dan kini hidup terbiar di kaki jalan di Greenwich Village, New York.

Dia hidup dengan mengemis di kawasan sekitar dan mampu mendapat pendapatan sebanyak AS$35 hingga AS$40 setiap hari.

“Setiap pagi saya akan mendapatkan semua surat khabar dan akan membuat sarapan sendiri menggunakan peralatan memasak yang ada,” ujarnya yang ‘membina’ rumah kotak di kaki jalan.

Menurut seorang di kawasan kejiranan, jika Vizearra memotong dan menjual rambutnya, dia mampu menjadi seorang jutawan.

“Sukar untuk menyikat dan menjaga rambut yang terlalu panjang. Disebabkan itu, dia perlu memotong rambut bagi menjaga kesihatannya,” kata seorang pendandan rambut, Rebecca Sarraga.