13 terbunuh, keganasan geng dadah di Mexico

13 terbunuh, keganasan geng dadah di Mexico

CULIACAN, 15 Feb – Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh apabila sekumpulan lelaki bersenjata menyerang hendap sebuah pikap sarat dengan penumpang di wilayah yang terkenal dengan keganasan geng dadah, kata pihak berkuasa.

Pendakwa raya berkata, serangan pada Sabtu itu berlaku di kawasan luar bandar San Ignacio dekat sempadan negeri Sinaloa dan Durango.

“Ia adalah serangan hendap. Mereka menunggu pikap terbabit dan sebaik saja menghampiri mereka menyerang menggunakan raifal AK-47,” kata seorang pegawai di pejabat pendakwa Sinaloa memberitahu AFP.

Kawasan pergunungan di pedalaman negeri Sinaloa dan Durango terkenal sebagai tempat persembunyian Raja Dadah, Joaquin ‘El Chapo’ Guzman selepas melarikan diri daripada penjara pada Julai tahun lalu. – AFP