13 terbunuh kemalangan jalan raya di Pakistan

13 terbunuh kemalangan jalan raya di Pakistan

ISLAMABAD, 16 Sept – Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh dan beberapa yang lain cedera dalam tiga kemalangan berasingan di Pakistan kelmarin, lapor media Urdu tempatan.

Samaa News melaporkan bahawa lima orang terbunuh apabila kenderaan mereka terjunam ke dalam terusan di daerah Ghotki wilayah selatan Sindh. Mangsa terdiri daripada anggota keluarga yang sama yang kembali ke rumah mereka selepas menghabiskan cuti hari raya dengan saudara-mara.

Dalam kejadian berasingan, lima orang terbunuh apabila sebuah kereta merempuh sebuah treler di kawasan Jahanian wilayah Punjab timur. Polis berkata, kemalangan itu berlaku disebabkan oleh kecuaian pemandu treler itu.

Dalam kejadian lain, tiga orang terbunuh dan beberapa yang lain cedera apabila sebuah kereta api melanggar van penumpang di lintasan kereta api di Daerah Rawalpindi Punjab. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA