13 terkorban dalam serangan semalaman

13 terkorban dalam serangan semalaman

BEIRUT, 3 Mei (AFP) – Beberapa serangan berat sepanjang malam yang menyasarkan pada kumpulan IS di sebuah bandar Syria, Raqa telah mengorbankan sekurang-kurangnya 13 orang awam dan lima penjihad, menurut kumpulan pemantauan hari ini.

Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria bagaimanapun tidak segera menyatakan sama ada serangan-serangan itu dilakukan oleh rejim Damsyik, sekutunya Moscow atau pakatan memerangi IS yang diketuai oleh Amerika Syarikat.

“Raqa belum pernah menjadi sasaran serangan-serangan dalam masa beberapa minggu ini,” ujar Ketua Pemerhati, Rami Abdul Rahman.

“Serangan-serangan ini berterusan sepanjang malam dan sehingga ke pagi.”

Peta menunjukkan kawasan Raqa yang diserang di Syria. - AFP
Peta menunjukkan kawasan Raqa yang diserang di Syria. – AFP