13 terkorban nahas bas

13 terkorban nahas bas

KATHMANDU, Nepal, 29 Julai – Seramai 13 orang terkorban dan 35 lagi mengalami kecederaan apabila sebuah bas penumpang menyimpang dari lebuh raya pergunungan dan menjunam kira-kira 200 meter ke bawah di Daerah Dhankuta, Nepal, beberapa 600 kilometer dari timur ibu negeri Kathmandu.

Kemalangan bas penum-pang yang tidak bernasib baik itu berlaku di kampung Sidhuwa di Daerah Dhankuta ketika ia dalam perjalanan ke Daerah Sunsari dari Daerah Tehrathum, menurut media setempat.

“Orang-orang yang cedera menerima rawatan di hospital-hospital tempatan di Dhankuta dan Dharan. Beberapa doktor memberitahu kami lapan daripada mereka dalam keadaan kritikal,” Pegawai Polis Bibhuti Raj Pandey memberitahu wakil media setempat.

Pandey mengaitkan kemalangan itu berpunca daripada kabus tebal dan hujan lebat. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA