13 ular hidup dalam bungkusan pos

13 ular hidup dalam bungkusan pos

SYDNEY, 24 Jun (dpa) – Tiga belas ekor ular hidup yang disembunyikan dalam bungkusan kotak dari Indonesia ditemui oleh para pemeriksa bio di Melbourne, menurut para pegawai kerajaan hari ini.

Ular-ular tersebut ditemui ketika pemeriksaan rutin di pusat surat dan bungkusan antarabangsa.

Reptilia terbabit diletakkan di dalam bungkusan kotak bertulis perkataan “serbuk campuran” dan kelihatannya diseludupkan untuk jualan sebagai haiwan peliharaan atau untuk tujuan pembiakan, kata Jabatan Pertanian Australia.

“Kejayaan mengesan penghantaran reptilia ini, yang dihantar dari Indonesia, adalah usaha yang jelas pihak kami untuk melindungi seluruh rakyat,” kata ketua pematuhan jabatan itu Nicola Hinder.

Kesemua 13 ular terbabit kemudian dimusnahkan.