13 warga Indonesia mati lemas, bot karam

13 warga Indonesia mati lemas, bot karam

KUALA LUMPUR, 26 Jan – Seramai tiga belas orang mati lemas hari ini apabila sebuah bot membawa penghijrah haram Indonesia karam selepas dibadai ombak kuat di luar perairan Malaysia, lapor agensi berita Bernama, memetik polis tempatan.

Bot itu dipercayai membawa warga Indonesia balik ke negara asal mereka apabila ia terbalik di luar perairan negeri Johor, selatan Malaysia.

Ketua Polis Bandar Kota Tinggi, Malaysia, Superintenden Rahmat Othman dipetik oleh Bernama sebagai berkata, polis telah melancarkan pencarian bagi mangsa yang terselamat dan mangsa-mangsa lain.

Antara yang maut termasuk sembilan wanita dan empat lelaki, yang mayat mereka dihanyutkan ke pesisir pantai di kawasan itu, menurut laporan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA