130 jemputan maut dalam serangan udara

130 jemputan maut dalam serangan udara

GENEVA, 29 Sept (AFP) – Serangan udara yang disyaki diketuai Saudi ke atas majlis perkahwinan orang Yaman mungkin telah membunuh seramai 130 orang awam, termasuk ramai wanita dan kanak-kanak, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini.

“Jika bilangan itu setinggi yang disangka, ia mungkin menjadi insiden maut tunggal sejak bermulanya konflik tersebut,” jurucakap agensi hak asasi kemanusiaan PBB, Rupert Colville memberitahu para wartawan.

Pasukan gabung Arab diketuai Saudi, yang melancarkan serangan udara ke atas pemberontak Huthi lewat Mac dalam menyokong Presiden Abedrabbo Mansour Hadi, merupakan dalang serangan ke atas dewan perkahwinan di Mokha, menurut penduduk.

“Kakitangan kami di Yaman pada masa ini berusaha untuk mengesahkan laporan berkenaan, termasuk butiran tepat jumlah korban jiwa.”