133 murid khatam dirai

133 murid khatam dirai

Oleh Yusrin Junaidi

Gambar oleh Muiz Matdani
BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Julai – Seramai 133 orang murid Darjah 6 Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah, Kampung Serusop, hari ini, diraikan dalam Majlis Khatam Al-Quran yang berlangsung di dewan serba guna sekolah berkenaan.

Majlis telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang dipimpin oleh tetamu kehormat majlis, Penolong Pengarah Jabatan Pengangkutan Darat, Awang Harin bin Haji Hujan.

Kemudian, majlis diikuti dengan bacaan surah-surah lazim yang bermula dari Surah Ad-Dhuha hingga Surah Al-Masad oleh para peserta khatam, dan seterusnya bacaan Takhtim oleh murid-murid perempuan Darjah 4 sesi petang.

Awang Harin (baju ungu) hadir selaku tetamu kehormat majlis.
Awang Harin (baju ungu) hadir selaku tetamu kehormat majlis.
Seramai 133 orang murid Darjah 6 sesi pagi dan petang diraikan dalam Majlis Khatam Al-Quran.
Seramai 133 orang murid Darjah 6 sesi pagi dan petang diraikan dalam Majlis Khatam Al-Quran.

Sementara itu, Doa Khatam Al-Quran pula dibacakan oleh murid Darjah 6 ‘Ta’ sesi petang, Awang Amir Sabrin bin Hasmirun.

Majlis Khatam Al-Quran murid-murid Darjah 6 ini merupakan sebahagian daripada projek tahunan Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama sejak tahun 1985 dan berterusan sehingga hari ini.

ARTIKEL YANG SAMA