14 anggota polis maut diserang PKK

14 anggota polis maut diserang PKK

ANKARA, 8 Sept – Kira-kira 14 anggota polis Turki terbunuh hari ini dalam satu serangan bom di timur Turki yang disalahkan ke atas Parti Pekerja Kurdistan (PKK), menurut agensi berita rasmi Anatolia.

Serangan itu menyasarkan sebuah bas mini membawa polis yang bekerja di rantau Igdir timur Turki di pagar sempadan Dilucu yang menandakan sempadan bersama Azerbaijan, menurut Anatolia.

Pasukan keselamatan Turki melancarkan operasi ke atas militan Kurdish selepas serangan itu, tambahnya.

Sebelumnya, Anatolia mengatakan bahawa 12 anggota polis terbunuh dalam serangan hari ini, kemudian dua kematian lagi menyusul ketika kedua-duanya bertarung nyawa di sebuah hospital bandar Igdir.

Ia adalah serangan maut kedua yang tercetus pada masa ini dalam pergolakan selepas 16 tentera Turki terbunuh pada hujung minggu di tenggara yang didominasi oleh puak Kurdish.

Bantahan tunjuk perasaan ke atas serangan pengganas baru-baru ini di Medan Kizilay di Ankara. Tentera Turki pada 7 September mengatakan PKK telah membunuh 16 tenteranya dalam serangan bom tepi jalan pada hujung minggu. – AFP
Bantahan tunjuk perasaan ke atas serangan pengganas baru-baru ini di Medan Kizilay di Ankara. Tentera Turki pada 7 September mengatakan PKK telah membunuh 16 tenteranya dalam serangan bom tepi jalan pada hujung minggu. – AFP

Sebagai respons kepada serangan itu, pesawat perang Turki telah melancarkan operasi udara besar-besaran awal hari ini ke atas sasaran PKK, membunuh sekitar 40 pemberontak.

Kerajaan Turki berikrar untuk membanteras pemberontak PKK selepas serangan itu. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA