14 banduan kena bunuh di El Salvador

14 banduan kena bunuh di El Salvador

SAN SALVADOR, 23 Ogos (Reuters) – Empat belas anggota geng jalanan paling berkuasa di El Salvador dibunuh ketika di dalam penjara semalam dalam apa yang dilihat sebagai tindakan tindak balas geng dalaman, menurut pihak berkuasa.

El Salvador dicemari dengan peningkatan keganasan sejak beberapa tahun lepas, dengan lonjakan kes pembunuhan sejak kegagalan perjanjian damai di antara 18 kumpulan Barrio dan para pesaing mereka, Mara Salvatrucha.

Pihak berkuasa penjara pusat El Salvador berkata pembunuhan berlaku di kawasan penjara di Quetzaltepeque, kira-kira 25 kilometer di barat laut ibu negara San Salvador. Mayat-mayat mangsa ditemui di beberapa bahagian tempat dalam penjara.

Penjara tersebut dihuni oleh kira-kira 1,000 banduan, yang menurut pihak berkuasa kesemuanya adalah anggota 18 geng Barrio.

Anggota media dan paramedik menunggu berita lanjut insiden pembunuhan banduan di luar penjara di mana 14 anggota kumpulan Barrio 18 dibunuh di Quezaltepeque, El Salvador pada 22 Ogos 2015. – Reuters
Anggota media dan paramedik menunggu berita lanjut insiden pembunuhan banduan di luar penjara di mana 14 anggota kumpulan Barrio 18 dibunuh di Quezaltepeque, El Salvador pada 22 Ogos 2015. – Reuters

Pihak berkuasa penjara menyifatkan pembunuhan tersebut sebagai “tindakan balas dendam” oleh kumpulan geng, tetapi tidak memberikan maklumat lanjut.

Banduan yang maut dipercayai dari seksyen 18 Barrio dikenali sebagai “faccion revolucionarios”, atau pakatan revolusioner, disyaki memaksa para pemandu bas menyertai mogok yang dicemari dengan keganasan pada lewat Julai, kata pihak berkuasa.

Dalam tahun ini sehingga Ogos, kira-kira 3,840 kes homisid dicatatkan di negara Amerika Tengah yang mempunyai 6.4 juta penduduk berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA