14 bekas pegawai tentera Guatemala ditahan

14 bekas pegawai tentera Guatemala ditahan

BANDAR GUATEMALA, 7 Jan – Kerajaan Guatemala menahan 14 bekas pegawai tentera, termasuk abang kepada bekas presiden atas dakwaan menyebabkan kehilangan orang awam dan jenayah terhadap kemanusiaan ketika perang saudara berdarah selama 36 tahun.

Antara yang ditahan ialah Manuel Benedicto Lucas, 83, bekas jeneral kanan dan abang kepada bekas Presiden, Romeo Lucas dan bekas Menteri Dalam Negeri dari tahun 2000 hingga 2004, Byron Barrientos. Pendakwa raya, Orlando Lopez berkata, keterangan mangsa membantu pegawai mengesan 558 tengkorak di dalam tanah perkuburan rahsia dalam zon tentera dan mensabitkan kesalahan itu kepada tertuduh.

Lebih sedekad lalu, negara Amerika Tengah itu mula mendakwa jenayah ketika perang saudara termasuk pembunuhan terhadap wanita dan kanak-kanak.

Perang Saudara di Guatemala dari 1960-1996 memperlihatkan kejayaan kerajaan dipimpin parti berhaluan kanan terhadap pemberontak berhaluan kiri dan menyebabkan suku juta orang terkorban. – Reuters

Manuel Benedicto Lucas diiringi anggota polis ketika tiba di perkarangan mahkamah di Bandar Guatemala, semalam. – Reuters
Manuel Benedicto Lucas diiringi anggota polis ketika tiba di perkarangan mahkamah di Bandar Guatemala, semalam. – Reuters